Tuesday 28 February 2023

Iphone 11 mati, transfer Cpu terus.

 Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada para pengunjung semua. Untuk permulaan sebelum saya bercerita lebih lanjut saya nak mohon ampun dan maaf sebab dah terlalu lama tak update blog phone repair taiping ni. bukan sebeb saya dah pencen repair phone cuma kekangan masa yang agak sibuk atas urusan harian dan sebagainya. Jadi tanpa membuang masa jom kita teruskan.

Untuk posting kali ni, saya ada dapat 1 job iphone 11 yang mati, mati dan sangat sukar nak repair. Tapi alhamdulillah dengan izinnya phone tersebut dapat juga dihidupkan kembali cuma prosesnya agak sukar.

Phone ni sampai dalam keadaan mati dan dah pernah cuba di repair oleh tech yang sebelum ni, saya pun tak pasti tech mana. Jadi setelah diamati keadaan board 11 tu, saya ambik keputusan untuk gantikan sahaja kepada board yang lain. Bunyinye mungkin macam senang ganti board tapi prosesnya agak sukar dan memerlukan ketelitian yang sangat tinggi kerana ada beberapa ic dari board asal hendaklah dipindahkan ke board yang baru dan ic yang tak di perlukan dalam board baru tersebut hendaklah dibuka dahulu. Masa nak buka ic dari board baru ni pun dah cukup mencabar sebab saya nak kena pastikan bila dah buka ic tu board yang nak digunakan tu masih dalam keadaan baik dan cemerlang.

So macam tu lah lebih kurang ceritanya, saya tak nak lah cerita terlampau detail dah macam nak bukak kelas pulak kang bunyinye. kat bawah ni ada saya sertakan gambar untuk tatapan anda.



ni lah antara ic utama yang kena alih tu org panggil CPU




Phone selepas dah siap, Alhamdulillah dengan izin Allah hidup balik.



So tu je lah ceritanya untuk posting kali ni, maaflah gambar tak banyak sebab tak teringat pulak kata nak update blog, kalau tak ada aral lepas ni saya akan update lagi. Pada yang ada masalah phone dan nak repair boleh whatapp saya pada nombor tertera. 
Sekian terima kasih