Tuesday 30 October 2018

Board Telefon Rosak

Board telefon rosak, huh bila kedai telefon cakap macam ni kat kita selalunya kita akan naik cuak sebab cost repair board yang pekedai kenakan memang sangat tinggi sampai adakalanya beli phone second lagi murah dari repair. Tak pa hari ni saya akan kupas serba sedikit berkenaan masalah board telefon rosak ni.

Selalunya bukan board tu yang rosak, yang rosak adalah komponen di atas board tu yang rosak dan komponen yang rosak tersebut boleh di tukar ganti. Komponen yang selalu rosak ialah ic, resistor, capacitor, diode, coil, dll. Kebanyakkan komponen ini ada spare part nye tetapi bergantung pada jenis telefon, kalau brand telefon kurang glamour tu mungkin susah nak dapat spare part. Kos komponen2 yang saya nyatakan tu pun sebenarnya tak mahal sangat. yang menjadikan kos repair board jadi mahal ialah bila kita hantar pada kedai yang tak repair tapi mark up harga, tu yang menyebabkan harga repair board jadi mahal.


ic

Sebagai contoh tukang repair charge 200, pekedai tu pulak dia mark up 200 so jadi lah 400 total cost repair board.


Kalau dah sampai 4 ke 5 ratus kos repair board telefon kena pulak phone tu dah lama harga second hand pun lebih kurang macam tu jugak ada baiknya beli second je, tapi sebaik-baiknya cuba survey dulu beberapa kedai sebab kalau nasib baik mungkin anda akan berjumpa dengan tukang repair terus dan dapat harga yang munasabah. 

Board Iphone 6

Jadi kalau kata phone rosak board relax2 je dulu, cari satu phone pakai buat sementara sambil2 tu survey harga repair. Dengan cara ni anda mungkin dapat menyelamatkan beratus wang dari terbang begitu sahaja.

Ok, sekian untuk kali ni. jika ada sebarang pertanyaan kalau tak urgent boleh tanya kat comment, kalau urgent call saya terus pun boleh. Sebelum saya lupa mohon sedekah like sikit kat fan page saya https://www.facebook.com/KBETelecom terima kasih jasa anda amat saya hargai.

.

Charger Port Rosak

Sebenarnya bukan lah mudah untuk charger port untuk rosak jika kita menggunakan peralatan tersebut dengan baik dan betul. Selalunya charger port akan menjadi rosak jika kita selalu charge sambil menggunakan phone dan mulalah cable charger tu tertarik-tarik dan lama kelamaan akan membuatkan charge port tu menjadi longgar dan lama kelamaan charging contact point nye akan tidak bersentuhan dan charge tak masuk. Jadi bila keadaan bergini berlaku mulalah kita cuba membengkokkan cable charging tu dengan harapan contact pointnye akan bersentuhan dan boleh charging. Tapi adakalanya apa yang kita cuba lakukan tersebut sebenarnya hanya mendatangkan lebih keburukan, sebab bila kita cuba bengkokkan cable charger tersebut charging port itu sendiri akan ikut membengkok sekali dengan board.

Ada phone yang charging portnye satu set dengan charging board, yang jenis macam ni selalu nya mahal sikit sebab pomen akan tukar charging board tu satu set terus dan ada jugak sesetengah model telefon tu charging boardnye boleh diperbaiki. Kalau kata charging board tu boleh repair kos dia selalunya tak mahal mana.
Charging board 


 Jika anda perhatikan gambar di atas charging port itu sendiri di solder pada board yang agak nipis dan jika paksaan yang agak kuat dilakukan pada charging port tersebut peratusan untuk charging board itu turut rosak juga akan meningkat.



Micro usb charging port



ini jenis charging port duduk kat main board terus.


Kalau yang jenis charging port nye melekat pada main board selalunya jenis macam ni murah sikit sebab pomen akan tukar charging port itu sahaja. Harga repair charging port ni selalunya dalam lingkungan RM30 ke RM50 bergantung pada model telefon.

Nasihat saya jika charging port itu sudah longgar atau dah tak berapa baik, seeloknya dihantar untuk di repair terus, jangan di paksa2 takut nanti charging boardnye atau main board tu pulak yang rosak. Lagipun bukannya lama mana pun proses tukar charging port ni kalau kata pomen tu ada spare part cukup paling lama pun 1/2 jam je.

Jadi rasanya cukuplah sampai disini sahaja buat kali ni, Insya Allah lain kali kita story lagi. Sebelum saya lupa mohon sedekah like sikit kat fan page saya https://www.facebook.com/KBETelecom sekian terima kasih jasa anda amat saya hargai.


My work Station

Ok kali ni saya nak share lah sikit tempat saya punya work station. Saya punya work station tak lah grand mana pun, biasa2 je. Meniaga kecil kecilan kata orang, tapi bolehlah nak buat kerja.
So kalau kata ada phone rosak carilah saya, nanti saya bagi harga baik punya. Kalau kata nak face to face pun boleh.




setup terkini

Samsung Tab A SM-P355 water damage

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog phone repair taiping semua, dah lama saya menyepi diri dek kerana kesibukan harian. Tapi kali ni saya ada masa terluang so saya share sikit berkenaan phone repair. Jadi kali ni saya nak post berkenaan sebuah tablet Samsung yang saya dapat dari dealer saya.

Tablet ni masalah dia tak boleh nak on sebab masuk air. Selalunya phone kalau dah masuk air ni memang tak boleh on sebab ada komponen pada board yang dah shorting dan jika terbiar lama komponen tersebut akan berkulat dan adakalanya berkarat dan mereput. Seperti gambar dibawah jika anda perhatikan, itu adalah kesan air yang telah kering dan sudah berkulat pada komponen. keadaan ini akan menyebabkan komponen tersebut gagal berfungsi dan selalunya ianya akan menyebabkan shorting pada keseluruhan board telefon, bila dah short memang tak boleh nak on.





(Gambar menggunakan Microscope)

Bagi kes macam Tablet ni ada beberapa tempat kesan kulat dah naik dan masalah ni dah terbiar agak lama. Tablet ni memang dah tak boleh nak on sebab dah short. Kos pembaikkan bagi kes2 macam ni selalunya agak tinggi jika di hantar pada kedai yang tak repair sendiri, tapi kalau direct dengan tukang repair selalunya tak lah mahal mana pun kalau saya selalunya saya bagi harga patut je. 

Proses membaik pulih telefon yang berpenyakit macam ni agak memakan masa kerana nak mencari komponen yang telah rosak. Jika dikira komponen pada sesebuah board telefon terdapat beratus komponen yang perlu di periksa bagi mencari yang rosak dan jika komponen yang rosak telah di temui ianya perlu diganti dengan yang baik.


Setelah puas mencari, akhirnya alhamdulillah berjaya juga Tablet ni hidup. Sedikt nasihat dari saya jika anda ada phone yang terkena air dengan teruk seboleh-bolehnya hantar lah terus ke tempat service jangan tunggu sampai tak boleh nak on baru nak hantar sebab, kos baik pulih akan meninggkat jika phone tersebut dah tak boleh on.

Sedikit iklan dari saya jika anda ada phone yang rosak boleh lah hubungi saya Insya Allah saya akan usahakan apa yang termampu. Bab harga jangan risau saya bagi harga mampu repair.  Jadi ni nombor saya 011-5696 9433 (Mahfuz) kalau nak repair phone boleh roger, kedai saya dekat Eco Rm2 Kamunting mengadap Kem Askar.

Sampai disini saja untuk kali ni, terima kasih pada semua pengunjung blog repair phone taiping, sehingga bertemu lagi. Sekian terima kasih.