Ada phone yang charging portnye satu set dengan charging board, yang jenis macam ni selalu nya mahal sikit sebab pomen akan tukar charging board tu satu set terus dan ada jugak sesetengah model telefon tu charging boardnye boleh diperbaiki. Kalau kata charging board tu boleh repair kos dia selalunya tak mahal mana.
Charging board
Micro usb charging port
ini jenis charging port duduk kat main board terus.
Kalau yang jenis charging port nye melekat pada main board selalunya jenis macam ni murah sikit sebab pomen akan tukar charging port itu sahaja. Harga repair charging port ni selalunya dalam lingkungan RM30 ke RM50 bergantung pada model telefon.
Nasihat saya jika charging port itu sudah longgar atau dah tak berapa baik, seeloknya dihantar untuk di repair terus, jangan di paksa2 takut nanti charging boardnye atau main board tu pulak yang rosak. Lagipun bukannya lama mana pun proses tukar charging port ni kalau kata pomen tu ada spare part cukup paling lama pun 1/2 jam je.
Jadi rasanya cukuplah sampai disini sahaja buat kali ni, Insya Allah lain kali kita story lagi. Sebelum saya lupa mohon sedekah like sikit kat fan page saya https://www.facebook.com/KBETelecom sekian terima kasih jasa anda amat saya hargai.
No comments:
Post a Comment