Friday 18 September 2020

iphone x tak boleh on, phone dalam keadaan dfu

 Assalamualaikum dan salam sejahtera pada para pengunjung blog phone repair taiping semua. untuk posting kali ni saya nak share sikit berkenaan kes yang saya dapat kali ni. kes kali ni berkenaan iphone x tak boleh on, phone ni dalam keadaan dfu mode. DFU mode ni kiranya board phone tu elok selalunya cuma yang bermasalah pada area Hard disc atau senang kira programnya rosak.

So langkah mula untuk repair board iphone x ni saya akan gunakan preheater khas untuk pisahkan bahagian atas dan bawah board iphone x ni terlebih dahulu.


boleh je kalau nak guna blower biasa untuk pisahkan tapi saya lebih prefer pakai preheater bagi memudahkan kerja.


Ok bila solder tu dah cair bolehlah kita pisahkan board atas dan bawah tersebut. Untuk buat kerja2 repair hard disc pada iphone x saya lebih rasa selamat jika board ni dipisahkan terlebih dahulu.

Langkah selanjutnya saya terus angkat hard disc dan lakukan program pada hard disc tersebut


Bila dah siap program, kita pasang balik apa yang dah kita bukak tadi. Kita restore balik dan


alhamdulillah phone hidup kembali seperti sediakala. Sebelum saya bagi pada ownernye semula saya test dulu apa yang patut untuk memastikan yang phone dalam keadaan baik

Jadi macam tu lah serba sedikit cerita berkenaan posting kali ni. Pada anda di luar sana kalau ada masalah phone boleh lah roger2 saya melalui fb kbe telecom, mana tau kot2 saya boleh bantu, saya pun bukanlah handal mana pun biashe2 je. Sampai  di sini sahaja buat kali ini semoga kita bertemu lagi di masa hadapan, sekian wassalam.


Wednesday 13 May 2020

Iphone 6 plus makan bateri phone jadi panas

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua para pengunjung blog phone repair taiping, kali ni saya nak share sikit pasal satu phone yang sampai kat saya ni. Phone ni boleh hidup tapi makan bateri kuat dan akan jadi sangat panas walaupun tak digunakan.

Saya pun tak berapa pasti asal usul macam mana phone ni boleh sakit macam ni sebab masa saya cek phone ni tak de pun tanda2 macam masuk air atau apa2. tapi tu lah kalau dah sampai masa dia nak kata apa.

Jadi bila saya cek board phone ni menggunakan power suply memang terdapat battery drain pada sekitar 0.15 ampere walaupun pada ketika tu hanya 2.3 volt supply digunakan, ini menunjukkan board ada short yang sedikit tinggi.


So langkah selanjutnye, kita akan gunakan thermal camera untuk scan komponen apa yang memakan arus, proses ini akan memendekkan masa untuk trouble shoot 


jadi bila dah  jumpa komponen yang bermasalah tu saya akan pastikan betul2 komponen apakah ianya sebenarnya dan ianya melibatkan proses apa.


kemudian bila dah confirm betul2 baru buka dan ganti, ini bagi mengelakkan kerja berulang dan mengurangkan kerja berisiko terhadap board. Board Iphone 6 plus ni sedikit manja kalau tak kena cara repair lain pulak nanti jadinya.

Jadi bila dah ganti, saya akan gunakan power supply sekali lagi nak cek kalau2 masih ada short pada board. Alhamdulillah dah tak short lagi, kita pasang balik phone ni dan 


Alhamdulillah menyala, so saya test dulu tengok bateri dan keadaan phone ni bila semuanya nampak dah kembali normal baru kita inform customer. Jadi pada anda di luar sana jika ada masalah phone roger2 lah saya, manalah tau kot saya boleh membantu. Bab harga jangan risau saya boleh runding.

jadi ini lah cerita untuk kali ni dari saya blogger phone repair taiping, semoga bertemu lagi sekian