Friday 18 September 2020

iphone x tak boleh on, phone dalam keadaan dfu

 Assalamualaikum dan salam sejahtera pada para pengunjung blog phone repair taiping semua. untuk posting kali ni saya nak share sikit berkenaan kes yang saya dapat kali ni. kes kali ni berkenaan iphone x tak boleh on, phone ni dalam keadaan dfu mode. DFU mode ni kiranya board phone tu elok selalunya cuma yang bermasalah pada area Hard disc atau senang kira programnya rosak.

So langkah mula untuk repair board iphone x ni saya akan gunakan preheater khas untuk pisahkan bahagian atas dan bawah board iphone x ni terlebih dahulu.


boleh je kalau nak guna blower biasa untuk pisahkan tapi saya lebih prefer pakai preheater bagi memudahkan kerja.


Ok bila solder tu dah cair bolehlah kita pisahkan board atas dan bawah tersebut. Untuk buat kerja2 repair hard disc pada iphone x saya lebih rasa selamat jika board ni dipisahkan terlebih dahulu.

Langkah selanjutnya saya terus angkat hard disc dan lakukan program pada hard disc tersebut


Bila dah siap program, kita pasang balik apa yang dah kita bukak tadi. Kita restore balik dan


alhamdulillah phone hidup kembali seperti sediakala. Sebelum saya bagi pada ownernye semula saya test dulu apa yang patut untuk memastikan yang phone dalam keadaan baik

Jadi macam tu lah serba sedikit cerita berkenaan posting kali ni. Pada anda di luar sana kalau ada masalah phone boleh lah roger2 saya melalui fb kbe telecom, mana tau kot2 saya boleh bantu, saya pun bukanlah handal mana pun biashe2 je. Sampai  di sini sahaja buat kali ini semoga kita bertemu lagi di masa hadapan, sekian wassalam.


No comments:

Post a Comment