Tuesday, 30 October 2018

Board Telefon Rosak

Board telefon rosak, huh bila kedai telefon cakap macam ni kat kita selalunya kita akan naik cuak sebab cost repair board yang pekedai kenakan memang sangat tinggi sampai adakalanya beli phone second lagi murah dari repair. Tak pa hari ni saya akan kupas serba sedikit berkenaan masalah board telefon rosak ni.

Selalunya bukan board tu yang rosak, yang rosak adalah komponen di atas board tu yang rosak dan komponen yang rosak tersebut boleh di tukar ganti. Komponen yang selalu rosak ialah ic, resistor, capacitor, diode, coil, dll. Kebanyakkan komponen ini ada spare part nye tetapi bergantung pada jenis telefon, kalau brand telefon kurang glamour tu mungkin susah nak dapat spare part. Kos komponen2 yang saya nyatakan tu pun sebenarnya tak mahal sangat. yang menjadikan kos repair board jadi mahal ialah bila kita hantar pada kedai yang tak repair tapi mark up harga, tu yang menyebabkan harga repair board jadi mahal.


ic

Sebagai contoh tukang repair charge 200, pekedai tu pulak dia mark up 200 so jadi lah 400 total cost repair board.


Kalau dah sampai 4 ke 5 ratus kos repair board telefon kena pulak phone tu dah lama harga second hand pun lebih kurang macam tu jugak ada baiknya beli second je, tapi sebaik-baiknya cuba survey dulu beberapa kedai sebab kalau nasib baik mungkin anda akan berjumpa dengan tukang repair terus dan dapat harga yang munasabah. 

Board Iphone 6

Jadi kalau kata phone rosak board relax2 je dulu, cari satu phone pakai buat sementara sambil2 tu survey harga repair. Dengan cara ni anda mungkin dapat menyelamatkan beratus wang dari terbang begitu sahaja.

Ok, sekian untuk kali ni. jika ada sebarang pertanyaan kalau tak urgent boleh tanya kat comment, kalau urgent call saya terus pun boleh. Sebelum saya lupa mohon sedekah like sikit kat fan page saya https://www.facebook.com/KBETelecom terima kasih jasa anda amat saya hargai.

.

No comments:

Post a Comment