Tuesday, 30 October 2018

Samsung Tab A SM-P355 water damage

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog phone repair taiping semua, dah lama saya menyepi diri dek kerana kesibukan harian. Tapi kali ni saya ada masa terluang so saya share sikit berkenaan phone repair. Jadi kali ni saya nak post berkenaan sebuah tablet Samsung yang saya dapat dari dealer saya.

Tablet ni masalah dia tak boleh nak on sebab masuk air. Selalunya phone kalau dah masuk air ni memang tak boleh on sebab ada komponen pada board yang dah shorting dan jika terbiar lama komponen tersebut akan berkulat dan adakalanya berkarat dan mereput. Seperti gambar dibawah jika anda perhatikan, itu adalah kesan air yang telah kering dan sudah berkulat pada komponen. keadaan ini akan menyebabkan komponen tersebut gagal berfungsi dan selalunya ianya akan menyebabkan shorting pada keseluruhan board telefon, bila dah short memang tak boleh nak on.





(Gambar menggunakan Microscope)

Bagi kes macam Tablet ni ada beberapa tempat kesan kulat dah naik dan masalah ni dah terbiar agak lama. Tablet ni memang dah tak boleh nak on sebab dah short. Kos pembaikkan bagi kes2 macam ni selalunya agak tinggi jika di hantar pada kedai yang tak repair sendiri, tapi kalau direct dengan tukang repair selalunya tak lah mahal mana pun kalau saya selalunya saya bagi harga patut je. 

Proses membaik pulih telefon yang berpenyakit macam ni agak memakan masa kerana nak mencari komponen yang telah rosak. Jika dikira komponen pada sesebuah board telefon terdapat beratus komponen yang perlu di periksa bagi mencari yang rosak dan jika komponen yang rosak telah di temui ianya perlu diganti dengan yang baik.


Setelah puas mencari, akhirnya alhamdulillah berjaya juga Tablet ni hidup. Sedikt nasihat dari saya jika anda ada phone yang terkena air dengan teruk seboleh-bolehnya hantar lah terus ke tempat service jangan tunggu sampai tak boleh nak on baru nak hantar sebab, kos baik pulih akan meninggkat jika phone tersebut dah tak boleh on.

Sedikit iklan dari saya jika anda ada phone yang rosak boleh lah hubungi saya Insya Allah saya akan usahakan apa yang termampu. Bab harga jangan risau saya bagi harga mampu repair.  Jadi ni nombor saya 011-5696 9433 (Mahfuz) kalau nak repair phone boleh roger, kedai saya dekat Eco Rm2 Kamunting mengadap Kem Askar.

Sampai disini saja untuk kali ni, terima kasih pada semua pengunjung blog repair phone taiping, sehingga bertemu lagi. Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment