Tuesday, 28 August 2018

Iphone 6 plus touch bermasalah

 Iphone 6 Plus



Touch ic iphone 6 Plus



Micro jumper pada pad yang putus.


Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ni saya nak share sikit tentang baik pulih iphone 6 plus penyakit tak boleh touch. Selalunya kalau saya jumpa penyakit iphone 6 plus yang macam ni saya terus repair hardware tak biasa lagi saya jumpa masalah software melibatkan touch. Selalunya perkara mula2 sekali yang saya akan buat, saya akan tukar lcd dulu sebab kemungkinan lcd tu bermasalah dan menyebabkan touch tak berfungsi dan kalau kata masalah masih tetap ada saya akan terus bukak board dan cek jalur touch, selalunya penyakit touch ni terjadi pada phone yang terjatuh atau pun yang terbengkok sikit bila phone dalam poket lepas tu duduk, bila keadaan ni berlaku touch ic chip akan lost contact pada board dan adakalanya pad pada board putus dan memerlukan micro jumper untuk di baik pulih.

Pada pemilik iphone 6 plus yang menghadapi masalah ni cuba lah cari juruteknik yang memberikan harga yang berpatutan dan yang penting berpengalaman sebab baik pulih untuk penyakit ni selalu nya sedikit rumit, berisiko dan charge nye sedikit keras.

Rasanya cukup sampai disini saja untuk story penyakit touch iphone 6 kali ni. Kalau anda ada sebarang pertanyaan kalau kata tak urgent boleh tanya kat ruangan komen, kalau nak cepat boleh whatapp saya terus. Sebelum saya lupa mohon sedekah like sikit kat fan page saya https://www.facebook.com/KBETelecom sekian terima kasih jasa anda amat saya hargai.

Samsung J7 pro wifi problem

wifi ic j7 pro

Board J7 Pro

Alhamdulillah dah elok.


Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pengunjung blog yang tak seberapanya ini, pada posting kali ni saya nak share sikit berkenaan phone yang saya dapat repair ni. Phone samsung J7 pro ni penyakitnya suka restart dan wifi nye tak berfungsi tapi bluetooth elok. Kalau nak ikutkan phone ni baru lagi tapi saya pun heran masalah macam ni boleh terjadi. Mungkin Phone ni biasa terhempas sebab tu dapat penyakit ni. Jadi untuk tampa berlengah lagi meh saya share serba sedikit cara saya cuba atasi masalah ni. Mula2 sekali kalau anda ada menghadapi masalah macam ni, cuba atasi dengan cara software, cara software macam mana? senang je, cuba update ke versi yang terkini dan kalau dah terkini, cuba buat wipe catch partition dan kalau dah wipe partition pun tetap sama juga cuba lah hard reset dan kalau hard reset pun tak mau jugak itu tandanya phone tu ada masalah pada bahagian hardware. Kalau masalah pada hardware saya sarankan anda hantar pada juruteknik untuk dibaik pulih, sebab nak repair hardware phone ni bukan senang, silap repair nanti lain pulak yang rosak. Cuma nasihat saya cubalah cari juruteknik phone yang berpengalaman supaya anda dapat kualiti baik pulih yang terbaik.