Tuesday, 28 August 2018

Samsung J7 pro wifi problem

wifi ic j7 pro

Board J7 Pro

Alhamdulillah dah elok.


Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pengunjung blog yang tak seberapanya ini, pada posting kali ni saya nak share sikit berkenaan phone yang saya dapat repair ni. Phone samsung J7 pro ni penyakitnya suka restart dan wifi nye tak berfungsi tapi bluetooth elok. Kalau nak ikutkan phone ni baru lagi tapi saya pun heran masalah macam ni boleh terjadi. Mungkin Phone ni biasa terhempas sebab tu dapat penyakit ni. Jadi untuk tampa berlengah lagi meh saya share serba sedikit cara saya cuba atasi masalah ni. Mula2 sekali kalau anda ada menghadapi masalah macam ni, cuba atasi dengan cara software, cara software macam mana? senang je, cuba update ke versi yang terkini dan kalau dah terkini, cuba buat wipe catch partition dan kalau dah wipe partition pun tetap sama juga cuba lah hard reset dan kalau hard reset pun tak mau jugak itu tandanya phone tu ada masalah pada bahagian hardware. Kalau masalah pada hardware saya sarankan anda hantar pada juruteknik untuk dibaik pulih, sebab nak repair hardware phone ni bukan senang, silap repair nanti lain pulak yang rosak. Cuma nasihat saya cubalah cari juruteknik phone yang berpengalaman supaya anda dapat kualiti baik pulih yang terbaik.

No comments:

Post a Comment