Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan pada pengunjung semua, untuk posting kali ni saya nak cerita serba sedikit apa yang perlu anda lakukan kalau telefon masuk air.
Apakah langkah yang perlu diambil jika phone masuk air. Langkah yang paling penting ialah cuba cabut bateri secepat mungkin ini adalah bagi mengelakkan litar pintas atau dapat mengurangkan kerosakkan akibat litar pintas, dan hantar pada technician terus untuk servisdan baik pulih. Cari kedai yang terus boleh buat dengan kadar segera jangan pergi dekat kedai yang tak buat repair tapi mengaku repair sebab dia akan peram dulu phone tu sebelum dia hantar kat technician, bila lagi lama simpan tak servis secepat mungkin akan meningkatkan risiko kerosakan pada board telefon tersebut sebab nanti berkarat dan berkulat. Kalau kata dah berkarat dan berkulat, kos nak repair akan jadi lagi tinggi dan adakalanya tak boleh repair sebab rosak dah teruk sangat.
Ikutkan pengalaman saya repair phone masuk air ni, phone yang baru masuk air atau senang cerita bila bukak board tu masih basah dalamnye, phone tu ada harapan tinggi untuk diselamatkan, tapi kalau dah kering susah sikit nak cerita tambah2 kalau masuk air tu teruk dan dah mula berkarat dan berkulat.
Jadi pada anda semua kalau telefon masuk air jangan lah rendam dalam beras atau biarkan telefon tu kering sendiri sebab itu hanya akan meningkatkan kerosakan pada phone tersebut. Kalau kata phone tu masuk air sikit2 mungkin boleh biar dia kering sendiri tapi saya tetap tak rekemen. Hantar juga pergi servis tak nak jadi hal kemudian hari.
Setakat ini saja rasanya cerita phone masuk air untuk kali ni. Sebelum saya lupa mohon sedekah like sikit kat fan page saya
https://www.facebook.com/KBETelecom terima kasih jasa anda amat saya hargai.
Masuk air dan dibiarkan kering sendiri dah berkulat, Kalau macam ni harapan tipis.
Phone ni asal dia masuk air sikit je, boleh pakai macam biasa tapi lama2 jadi no servis
Masih ada harapan tapi kos dah jadi tinggi.