Tuesday, 27 August 2019

Iphone no service tiada network

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pengunjung semua. Kali ni kita nak story sikit berkenaan penyakit no service atau tiada liputan yang membelenggu pada pemilik iphone semua. Ada kalanya penyakit ni bersangkutan dengan software dan selalunya ianya melibatkan hardware dan pembaikan pada board perlu dibuat.
Jadi untuk langkah awal apa yang anda boleh lakukan ialah reset network setting. jika phone tersebut mempunyai masalah berkaitan software dengan melakukan reset network ianya akan menyelesaikan masalah tersebut dan phone anda akan kembali seperti sediakala, tetapi jika ianya melibat kan hardware langkah reset tidak akan membantu. Untuk lebih mengesahkan jika ianya melibatkan hardware apa yang boleh anda lakukan ialah dengan menekan *#06#, jika nombor imei tidak keluar itu bermakna phone tersebut ada masalah dengan harware. Untuk membaiki masalah berkaitan hardware adalah disarankan untuk dihantar pada technician yang berpengalaman kerana risiko membaik pulih board adalah tinggi.
itulah dia serba sedikit penerangan tentang masalah iphone no service atau tiada network. Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh diceritakan berkenaan masalah ni, tapi rasanya ianya terlalu teknikal untuk difahami. Jadi cukplah setakat ini sahaja untuk posting kali ini. Pada pemilik iphone kalau ada masalah dengan phone anda boleh lah hubungi saya, saya bantu apa yang patut. Bab harga jangan risau kita bagi harga patut. Sebelum saya lupa mohon sedekah like sikit kat fan page saya https://www.facebook.com/KBETelecom terima kasih jasa anda amat saya hargai.



Reset network setting




cara nak cek imei



Komponen yang selalu bermasalah berkaitan network 

No comments:

Post a Comment