Tuesday, 27 August 2019

Telefon masuk air, apa nak buat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan pada pengunjung semua, untuk posting kali ni saya nak cerita serba sedikit apa yang perlu anda lakukan kalau telefon masuk air.

Apakah langkah yang perlu diambil jika phone masuk air. Langkah yang paling penting ialah cuba cabut bateri secepat mungkin ini adalah bagi mengelakkan litar pintas atau dapat mengurangkan kerosakkan akibat litar pintas, dan hantar pada technician terus untuk servisdan baik pulih. Cari kedai yang terus boleh buat dengan kadar segera jangan pergi dekat kedai yang tak buat repair tapi mengaku repair sebab dia akan peram dulu phone tu sebelum dia hantar kat technician, bila lagi lama simpan tak servis secepat mungkin akan meningkatkan risiko kerosakan pada board telefon tersebut sebab nanti berkarat dan berkulat. Kalau kata dah berkarat dan berkulat, kos nak repair akan jadi lagi tinggi dan adakalanya tak boleh repair sebab rosak dah teruk sangat.
Ikutkan pengalaman saya repair phone masuk air ni, phone yang baru masuk air atau senang cerita bila bukak board tu masih basah dalamnye, phone tu ada harapan tinggi untuk diselamatkan, tapi kalau dah kering susah sikit nak cerita tambah2 kalau masuk air tu teruk dan dah mula berkarat dan berkulat.

Jadi pada anda semua kalau telefon masuk air jangan lah rendam dalam beras atau biarkan telefon tu kering sendiri sebab itu hanya akan meningkatkan kerosakan pada phone tersebut. Kalau kata phone tu masuk air sikit2 mungkin boleh biar dia kering sendiri tapi saya tetap tak rekemen. Hantar juga pergi servis tak nak jadi hal kemudian hari.
Setakat ini saja rasanya cerita phone masuk air untuk kali ni. Sebelum saya lupa mohon sedekah like sikit kat fan page saya https://www.facebook.com/KBETelecom terima kasih jasa anda amat saya hargai.




Masuk air dan dibiarkan kering sendiri dah berkulat, Kalau macam ni harapan tipis.




Phone ni asal dia masuk air sikit je, boleh pakai macam biasa tapi lama2 jadi no servis




Masih ada harapan tapi kos dah jadi tinggi.

Iphone no service tiada network

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pengunjung semua. Kali ni kita nak story sikit berkenaan penyakit no service atau tiada liputan yang membelenggu pada pemilik iphone semua. Ada kalanya penyakit ni bersangkutan dengan software dan selalunya ianya melibatkan hardware dan pembaikan pada board perlu dibuat.
Jadi untuk langkah awal apa yang anda boleh lakukan ialah reset network setting. jika phone tersebut mempunyai masalah berkaitan software dengan melakukan reset network ianya akan menyelesaikan masalah tersebut dan phone anda akan kembali seperti sediakala, tetapi jika ianya melibat kan hardware langkah reset tidak akan membantu. Untuk lebih mengesahkan jika ianya melibatkan hardware apa yang boleh anda lakukan ialah dengan menekan *#06#, jika nombor imei tidak keluar itu bermakna phone tersebut ada masalah dengan harware. Untuk membaiki masalah berkaitan hardware adalah disarankan untuk dihantar pada technician yang berpengalaman kerana risiko membaik pulih board adalah tinggi.
itulah dia serba sedikit penerangan tentang masalah iphone no service atau tiada network. Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh diceritakan berkenaan masalah ni, tapi rasanya ianya terlalu teknikal untuk difahami. Jadi cukplah setakat ini sahaja untuk posting kali ini. Pada pemilik iphone kalau ada masalah dengan phone anda boleh lah hubungi saya, saya bantu apa yang patut. Bab harga jangan risau kita bagi harga patut. Sebelum saya lupa mohon sedekah like sikit kat fan page saya https://www.facebook.com/KBETelecom terima kasih jasa anda amat saya hargai.



Reset network setting




cara nak cek imei



Komponen yang selalu bermasalah berkaitan network 

Wednesday, 21 August 2019

Harga murah untuk repair iphone Taiping

Hello hi semua, salam sejahtera hendaknya pada pengunjung semua. Kami di phone repair taiping nak war war kan pada semua pemilik iphone. Kami akan memberikan harga yang super murah pada semua pelanggan kami yang menggunakan iphone, tak kiralah rosak biasa2 ke berat2 ke ringan2 ke hahaha. Apa jua penyakit iphone anda kami akan cuba selesaikan dengan harga yang super murah. kalau kata tak percaya tak pe senang je, anda boleh survey dulu harga yang kami berikan dan bandingkan. Harga murah warranty tetap seperti sediakala servis mantap siap face to face lagi. jadi jika anda pemiik iphone dan phone anda bermasalah jangan lupa dapatkan harga dari kami, supaya nilai ringgit anda lebih bermakna. Sebelum saya lupa mohon sedekah like sikit kat fan page saya https://www.facebook.com/KBETelecom terima kasih jasa anda amat saya hargai.