Assalamualaikum dan salam sejahtera pada para pengunjung blog phone repair taiping. Untuk posting kali ni saya nak share sikit berkenaan servis tukar LCD yang saya buat. Sekiranya lcd telefon anda pecah atau bermasalah dan anda membuat keputusan untuk membeli lcd itu sendiri tapi tak boleh nak tukar, tak pa jangan risau sebab saya sedia memberi perkhidmatan menukarkan lcd telefon tersebut. Harga upah sedikit berbeza bagi setiap model telefon, ini kerana tahap kesukaran adalah berbeza-beza bagi setiap telefon.
Jadi pada amda diluar sana yang nak kami tukarkan lcd bolehlah hubungi nombor yang tertera,
011-5696 9433 Mahfuz. Sebelum saya lupa mohon sedekah like sikit kat fan page saya https://www.facebook.com/KBETelecom terima kasih jasa anda amat saya hargai.
Saya menjalankan perniagaan membaik pulih telefon di Kamunting Taiping Perak. Harga Berpatutan. Sebarang pertanyaan boleh whatapp saya di 019-5733300 Tq
Monday, 26 November 2018
Tuesday, 13 November 2018
Tips DIY cara tukar LCD Iphone dengan selamat.
Hello hi. Assalamualaikum pada para pelawat blog phone repair taiping sekalian. Jadi pada posting kali ni saya nak share something yang dah jadi seakan trend sekarang ni, DIY tukar lcd terutamanya iphone. Sebenarnya tukar LCD iphone ni memanglah tak susah mana pun, cuma ada satu perkara kritikal yang perlu diberi perhatian sebaik mungkin semasa proses tersebut dilakukan.
Perkara tersebut ialah skru, ye skru. Skru iphone ni saiz dia lebih kurang sama je tapi panjang pendek dia berlainan. Jika tapak skru pendek kita masukkan skru yang panjang, maka lebihan panjang skru tersebut akan menekan board dan kalau kuat sangat akan membuatkan jalur pada tapak tersebut akan putus dan rosak.
Jadi langkah terbaik untuk mengelakkan masalah macam ni terjadi silalah ingat dengan sebaiknya bila bukak skru tersebut.
So itulah dia serba sedikit tips yang saya nak share kali ni. Jika anda rasa tips ini berguna mohon like page kami di https://www.facebook.com/KBETelecom/ sebagai tanda perhargaan. Sekian terima Kasih.

Gambar Tapak Skru yang dalam keadaan baik.
Gambar tapak skru yang dah rosak sebab skru panjang.
Gambaran lebih jelas line yang putus akibat skru panjang.
Andaikata kalau dah jadi macam ni, nak jugak repair sendiri (DIY) kena ada perkakasan micro soldering sebab benda ni halus sangat2. Tapi nasihat saya kalau dah jadi macam ni cari lah technician yang berpengalaman untuk repair.
Jadi langkah terbaik untuk mengelakkan masalah macam ni terjadi silalah ingat dengan sebaiknya bila bukak skru tersebut.
So itulah dia serba sedikit tips yang saya nak share kali ni. Jika anda rasa tips ini berguna mohon like page kami di https://www.facebook.com/KBETelecom/ sebagai tanda perhargaan. Sekian terima Kasih.
Tuesday, 30 October 2018
Board Telefon Rosak
Board telefon rosak, huh bila kedai telefon cakap macam ni kat kita selalunya kita akan naik cuak sebab cost repair board yang pekedai kenakan memang sangat tinggi sampai adakalanya beli phone second lagi murah dari repair. Tak pa hari ni saya akan kupas serba sedikit berkenaan masalah board telefon rosak ni.
Selalunya bukan board tu yang rosak, yang rosak adalah komponen di atas board tu yang rosak dan komponen yang rosak tersebut boleh di tukar ganti. Komponen yang selalu rosak ialah ic, resistor, capacitor, diode, coil, dll. Kebanyakkan komponen ini ada spare part nye tetapi bergantung pada jenis telefon, kalau brand telefon kurang glamour tu mungkin susah nak dapat spare part. Kos komponen2 yang saya nyatakan tu pun sebenarnya tak mahal sangat. yang menjadikan kos repair board jadi mahal ialah bila kita hantar pada kedai yang tak repair tapi mark up harga, tu yang menyebabkan harga repair board jadi mahal.

ic
Sebagai contoh tukang repair charge 200, pekedai tu pulak dia mark up 200 so jadi lah 400 total cost repair board.
Kalau dah sampai 4 ke 5 ratus kos repair board telefon kena pulak phone tu dah lama harga second hand pun lebih kurang macam tu jugak ada baiknya beli second je, tapi sebaik-baiknya cuba survey dulu beberapa kedai sebab kalau nasib baik mungkin anda akan berjumpa dengan tukang repair terus dan dapat harga yang munasabah.
Board Iphone 6
Jadi kalau kata phone rosak board relax2 je dulu, cari satu phone pakai buat sementara sambil2 tu survey harga repair. Dengan cara ni anda mungkin dapat menyelamatkan beratus wang dari terbang begitu sahaja.
Ok, sekian untuk kali ni. jika ada sebarang pertanyaan kalau tak urgent boleh tanya kat comment, kalau urgent call saya terus pun boleh. Sebelum saya lupa mohon sedekah like sikit kat fan page saya https://www.facebook.com/KBETelecom terima kasih jasa anda amat saya hargai.
.
Charger Port Rosak
Sebenarnya bukan lah mudah untuk charger port untuk rosak jika kita menggunakan peralatan tersebut dengan baik dan betul. Selalunya charger port akan menjadi rosak jika kita selalu charge sambil menggunakan phone dan mulalah cable charger tu tertarik-tarik dan lama kelamaan akan membuatkan charge port tu menjadi longgar dan lama kelamaan charging contact point nye akan tidak bersentuhan dan charge tak masuk. Jadi bila keadaan bergini berlaku mulalah kita cuba membengkokkan cable charging tu dengan harapan contact pointnye akan bersentuhan dan boleh charging. Tapi adakalanya apa yang kita cuba lakukan tersebut sebenarnya hanya mendatangkan lebih keburukan, sebab bila kita cuba bengkokkan cable charger tersebut charging port itu sendiri akan ikut membengkok sekali dengan board.
Ada phone yang charging portnye satu set dengan charging board, yang jenis macam ni selalu nya mahal sikit sebab pomen akan tukar charging board tu satu set terus dan ada jugak sesetengah model telefon tu charging boardnye boleh diperbaiki. Kalau kata charging board tu boleh repair kos dia selalunya tak mahal mana.
Jika anda perhatikan gambar di atas charging port itu sendiri di solder pada board yang agak nipis dan jika paksaan yang agak kuat dilakukan pada charging port tersebut peratusan untuk charging board itu turut rosak juga akan meningkat.
Kalau yang jenis charging port nye melekat pada main board selalunya jenis macam ni murah sikit sebab pomen akan tukar charging port itu sahaja. Harga repair charging port ni selalunya dalam lingkungan RM30 ke RM50 bergantung pada model telefon.
Nasihat saya jika charging port itu sudah longgar atau dah tak berapa baik, seeloknya dihantar untuk di repair terus, jangan di paksa2 takut nanti charging boardnye atau main board tu pulak yang rosak. Lagipun bukannya lama mana pun proses tukar charging port ni kalau kata pomen tu ada spare part cukup paling lama pun 1/2 jam je.
Jadi rasanya cukuplah sampai disini sahaja buat kali ni, Insya Allah lain kali kita story lagi. Sebelum saya lupa mohon sedekah like sikit kat fan page saya https://www.facebook.com/KBETelecom sekian terima kasih jasa anda amat saya hargai.
Ada phone yang charging portnye satu set dengan charging board, yang jenis macam ni selalu nya mahal sikit sebab pomen akan tukar charging board tu satu set terus dan ada jugak sesetengah model telefon tu charging boardnye boleh diperbaiki. Kalau kata charging board tu boleh repair kos dia selalunya tak mahal mana.
Charging board
Micro usb charging port
ini jenis charging port duduk kat main board terus.
Kalau yang jenis charging port nye melekat pada main board selalunya jenis macam ni murah sikit sebab pomen akan tukar charging port itu sahaja. Harga repair charging port ni selalunya dalam lingkungan RM30 ke RM50 bergantung pada model telefon.
Nasihat saya jika charging port itu sudah longgar atau dah tak berapa baik, seeloknya dihantar untuk di repair terus, jangan di paksa2 takut nanti charging boardnye atau main board tu pulak yang rosak. Lagipun bukannya lama mana pun proses tukar charging port ni kalau kata pomen tu ada spare part cukup paling lama pun 1/2 jam je.
Jadi rasanya cukuplah sampai disini sahaja buat kali ni, Insya Allah lain kali kita story lagi. Sebelum saya lupa mohon sedekah like sikit kat fan page saya https://www.facebook.com/KBETelecom sekian terima kasih jasa anda amat saya hargai.
My work Station
Ok kali ni saya nak share lah sikit tempat saya punya work station. Saya punya work station tak lah grand mana pun, biasa2 je. Meniaga kecil kecilan kata orang, tapi bolehlah nak buat kerja.
So kalau kata ada phone rosak carilah saya, nanti saya bagi harga baik punya. Kalau kata nak face to face pun boleh.
So kalau kata ada phone rosak carilah saya, nanti saya bagi harga baik punya. Kalau kata nak face to face pun boleh.
setup terkini
Samsung Tab A SM-P355 water damage
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog phone repair taiping semua, dah lama saya menyepi diri dek kerana kesibukan harian. Tapi kali ni saya ada masa terluang so saya share sikit berkenaan phone repair. Jadi kali ni saya nak post berkenaan sebuah tablet Samsung yang saya dapat dari dealer saya.
Tablet ni masalah dia tak boleh nak on sebab masuk air. Selalunya phone kalau dah masuk air ni memang tak boleh on sebab ada komponen pada board yang dah shorting dan jika terbiar lama komponen tersebut akan berkulat dan adakalanya berkarat dan mereput. Seperti gambar dibawah jika anda perhatikan, itu adalah kesan air yang telah kering dan sudah berkulat pada komponen. keadaan ini akan menyebabkan komponen tersebut gagal berfungsi dan selalunya ianya akan menyebabkan shorting pada keseluruhan board telefon, bila dah short memang tak boleh nak on.

(Gambar menggunakan Microscope)
Bagi kes macam Tablet ni ada beberapa tempat kesan kulat dah naik dan masalah ni dah terbiar agak lama. Tablet ni memang dah tak boleh nak on sebab dah short. Kos pembaikkan bagi kes2 macam ni selalunya agak tinggi jika di hantar pada kedai yang tak repair sendiri, tapi kalau direct dengan tukang repair selalunya tak lah mahal mana pun kalau saya selalunya saya bagi harga patut je.
Proses membaik pulih telefon yang berpenyakit macam ni agak memakan masa kerana nak mencari komponen yang telah rosak. Jika dikira komponen pada sesebuah board telefon terdapat beratus komponen yang perlu di periksa bagi mencari yang rosak dan jika komponen yang rosak telah di temui ianya perlu diganti dengan yang baik.
Setelah puas mencari, akhirnya alhamdulillah berjaya juga Tablet ni hidup. Sedikt nasihat dari saya jika anda ada phone yang terkena air dengan teruk seboleh-bolehnya hantar lah terus ke tempat service jangan tunggu sampai tak boleh nak on baru nak hantar sebab, kos baik pulih akan meninggkat jika phone tersebut dah tak boleh on.
Sedikit iklan dari saya jika anda ada phone yang rosak boleh lah hubungi saya Insya Allah saya akan usahakan apa yang termampu. Bab harga jangan risau saya bagi harga mampu repair. Jadi ni nombor saya 011-5696 9433 (Mahfuz) kalau nak repair phone boleh roger, kedai saya dekat Eco Rm2 Kamunting mengadap Kem Askar.
Sampai disini saja untuk kali ni, terima kasih pada semua pengunjung blog repair phone taiping, sehingga bertemu lagi. Sekian terima kasih.
Tuesday, 28 August 2018
Iphone 6 plus touch bermasalah
Iphone 6 Plus
Touch ic iphone 6 Plus
Micro jumper pada pad yang putus.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ni saya nak share sikit tentang baik pulih iphone 6 plus penyakit tak boleh touch. Selalunya kalau saya jumpa penyakit iphone 6 plus yang macam ni saya terus repair hardware tak biasa lagi saya jumpa masalah software melibatkan touch. Selalunya perkara mula2 sekali yang saya akan buat, saya akan tukar lcd dulu sebab kemungkinan lcd tu bermasalah dan menyebabkan touch tak berfungsi dan kalau kata masalah masih tetap ada saya akan terus bukak board dan cek jalur touch, selalunya penyakit touch ni terjadi pada phone yang terjatuh atau pun yang terbengkok sikit bila phone dalam poket lepas tu duduk, bila keadaan ni berlaku touch ic chip akan lost contact pada board dan adakalanya pad pada board putus dan memerlukan micro jumper untuk di baik pulih.
Pada pemilik iphone 6 plus yang menghadapi masalah ni cuba lah cari juruteknik yang memberikan harga yang berpatutan dan yang penting berpengalaman sebab baik pulih untuk penyakit ni selalu nya sedikit rumit, berisiko dan charge nye sedikit keras.
Rasanya cukup sampai disini saja untuk story penyakit touch iphone 6 kali ni. Kalau anda ada sebarang pertanyaan kalau kata tak urgent boleh tanya kat ruangan komen, kalau nak cepat boleh whatapp saya terus. Sebelum saya lupa mohon sedekah like sikit kat fan page saya https://www.facebook.com/KBETelecom sekian terima kasih jasa anda amat saya hargai.
Samsung J7 pro wifi problem
wifi ic j7 pro
Board J7 Pro
Alhamdulillah dah elok.
Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pengunjung blog yang tak seberapanya ini, pada posting kali ni saya nak share sikit berkenaan phone yang saya dapat repair ni. Phone samsung J7 pro ni penyakitnya suka restart dan wifi nye tak berfungsi tapi bluetooth elok. Kalau nak ikutkan phone ni baru lagi tapi saya pun heran masalah macam ni boleh terjadi. Mungkin Phone ni biasa terhempas sebab tu dapat penyakit ni. Jadi untuk tampa berlengah lagi meh saya share serba sedikit cara saya cuba atasi masalah ni. Mula2 sekali kalau anda ada menghadapi masalah macam ni, cuba atasi dengan cara software, cara software macam mana? senang je, cuba update ke versi yang terkini dan kalau dah terkini, cuba buat wipe catch partition dan kalau dah wipe partition pun tetap sama juga cuba lah hard reset dan kalau hard reset pun tak mau jugak itu tandanya phone tu ada masalah pada bahagian hardware. Kalau masalah pada hardware saya sarankan anda hantar pada juruteknik untuk dibaik pulih, sebab nak repair hardware phone ni bukan senang, silap repair nanti lain pulak yang rosak. Cuma nasihat saya cubalah cari juruteknik phone yang berpengalaman supaya anda dapat kualiti baik pulih yang terbaik.
Monday, 30 July 2018
Iphone 6 kamera belakang gelap
Setelah dibaik pulih
Gambaran pada board tentang komponen bermasalah
Litar 2.85V ke kemera bermasalah
Hello hi assalamualaikum dan salam sejahtera pada warga taiping, kamunting dan kepada pengunjung sekalian. Hari ni kita nak story sikit pasal penyakit kamera belakang gelap pada iphone 6.
Ada kalanya penyakit macam ni disebab kan modul kamera tu sendiri yang telah rosak dan hanya perlu ditukar modul kamera tu sahaja, tapi kalau kata dah tukar pun masih tetap sama kemungkinan litar kamera tu ada masalah. Jadi kalau kata litar yang rosak memang kena hantar repair pada mereka yang berpengalaman sebab benda ni terlampau halus.
Subscribe to:
Posts (Atom)